Author: arezies

Tiada apa yang ada padaku melainkan suatu perkongsian dan rujukan diri sendiri.

Cara Solat Jenazah

Agama dan kita

SOLAT JENAZAH : Solat 4 takbir yang dilakukan apabila seseorang itu meninggal dunia atau mati. Solat ini dikerjakan tanpa rukuk dan sujud.


Cara Melakukan Solat Janazah.

1. Letakkan mayat didepan dengan kepalanya disebelah bahu kiri jamaah solat

2. Berdiri Tegak

3. Takbiratulihram
Takbiratul Pertama dan Niat (Lihat : Niat Solat Janazah)

“Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala.

“Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala.

“Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala.

“Sahaja aku solat ke atas jenazah kanak-kanak perempuan ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala.

4. Kemudian Baca al-Fatihah

5. Takbir Kedua
Doa Selepas Takbir Kedua

Doa Pendek
Doa/salawat Panjang

Maksudnya : “Ya Allah, berilah selawat ke atas Nabi Muhammad, dan atas keluarganya sebagaimana Engkau pernah memberi rahmat…

View original post 228 more words

Hadith Najd – Kebenaran Yang Digeruni dan Pembohongan Fakta

Blog Traditional Islam

Terdapat sepotong hadith yang amat digeruni oleh sesetengah pihak hinggakan mereka sanggup mengeluarkan pelbagai helah termasuk memalsukan fakta serta memutarbelitkan kesahihan maksud supaya tidak terkena pengertian hadith tersebut kepada mereka.

Hadith yang saya maksud itu adalah hadith yang popular disebut sebagai “hadith Najd”.

Sebelum saya teruskan penghujahan ini izinkan saya maklumkan kepada para pembaca sekalian bahawa saya bukan seorang ustaz mahupun seorang “protaz” yang mahir bab hadith. Apa yang saya cuba tulis hanyalah semata-mata setakat kadar kemampuan orang umum seperti saudara semua yang mampu untuk berfikir serta meneliti fakta yang ada secara akademik.

Saya tidak mengulas dari aspek Fiqh dan Syariah yang cukup kemas telah dihujahkan oleh ilmuan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pendekatan saya lebih kepada fakta geografi dan yang berkaitannya.

Hadith dari Sahih Bukhari tersebut adalah seperti berikut (terjemahannya):

Ibn ‘Umar meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah…

View original post 1,491 more words

SEJARAH Kemasukan Fahaman WAHHABI Ke Tanah Melayu

SEJARAH Kemasukan Fahaman WAHHABI Ke Tanah Melayu
By Ibnu Syafie Al-Kalantani
PENDAHULUAN

Aliran Wahabi atau dalam bahasa Arabnya al-Wahhabiyyah adalah suatu aliran pemikiran yang dibawa oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab (m. 1206H), terkenal di Najd. Aliran yang dikatakan membawa misi tajdid dan pembaharuan dalam pemikiran Islam ini telah mendapat reaksi yang pelbagai dari kalangan para ulama Melayu sama ada dari sudut pro dan kontra. Namun, disebabkan pendekatan yang dibawa oleh aliran baruini tidak sesuai untuk diaplikasikan di Tanah Melayu bahkan ia dilihat bercanggah dengan amalan majoriti umat Islam, maka muncul sebilangan ulama yang telah mengambil sikap menentang keras kemasukan aliran ini dalam masyarakat Islam di Tanah Melayu.
(more…)

Malam Nishfu Sya’baan

Malam Nishfu Sya’baan
Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya’baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :

“Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya’baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nishfu Sya’baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya’baan.”

(more…)

Sunat diutamakan wajib diabaikan

Renungan. .

Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt

Ikhwah, kupetik Bahagian Pertama artikel dari “Irsyad Hukum” Bilangan 104 Siri ke-4, keluaran Jabatan Mufti Negara Brunei dengan jodol “SUNAT DIUTAMAKAN WAJIB DIABAIKAN ?” untuk tatapan bersama.

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu`Ala Rasulillah,
Wa’ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

MENGUTAMAKAN PERKARA SUNAT, MENGENEPIKAN PERKARA WAJIB
Memang menjadi fitrah manusia suka berlumba-lumba dalam mencari sesuatu yang terbaik. Khusus dalam perkara ibadat, setiap orang Islam dituntut mencari kelebihan (fadilat) dan amal kebajikan sebagai pertaruhan dan bekalan di akhirat nanti. Perbuatan sedemikian adalah sifat orang-orang yang salih sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an yang tafsirnya : “Dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya) adalah dari orang-orang yang salih” (Surah Ali Emran: 114). Terdapat segolongan manusia yang tersilap fahaman dan tindakan kerana terlalu mementingkan amalan sunat sehingga perkara yang wajib dan fardhu terabai. Kemungkinan perkara ini berlaku kerana orang berkenaan terkeliru oleh pahala besar yang dijanjikan sebagai ganjaran kepada amalan-amalan sunat. Keadaan…

View original post 527 more words

Tawassul

Tawassul dan istighatsah adalah amalan para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Tidak ada ulama Sunni yang menentang amalan bertawassul dan beristighatsah dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan para sholihin, sama ada sewaktu hayat mereka maupun setelah wafat. Yang menentang hanyalah mereka yang suka benar sendiri dan menghukum orang lain sebagai sesat, bid’ah dan sebagainya. Dan antara sandaran mereka untuk menghalang dari bertawassul dan beristighasah dengan para anbiya’ dan awliya’ yang telah wafat adalahatsar Sayyidina ‘Umar bertawassul dengan Sayyidina ‘Abbas r.a. Dengan bangganya mereka mendakwa bahawa “Inilah bukti yang kita tidak boleh bertawassul dengan orang yang telah mati”. Benarkah begitu? (more…)